dupdupmyheart

Saturday, April 7, 2012

MISTIK.

Sekarang ni, aku jarang sudah balik rumah setiap minggu. Kadang-kadang sibuk. Kadang-kadang banyak aktiviti. Kadang-kadang tiada duit minyak. haha 

Jadi macam kebiasaanlah, kalau balik kampung, aku lagi suka melepak dengan puanmulia. cerita itu ini. sampailah bab cerita "MISTIK". iyaaaa! mistik ya kawan-kawan. zaman sekarang, masih ada banjingan suka dengki mendengki dan kalau nda puas hati memang kuno gilalah cara masih mengamalkan amalan "kena-mengena". 

Jadi macam kebiasaanlah, setiap kali puanmulia bercerita benda-benda mistik, hujung-hujung cerita kompom-kompomlah amaran "VIVI, KAU TU KENA JAGA MULUT KAU, JANGAN CAKAP MAIN LEPAS JAK, KETAWA KONTROL-KONTROL, ORANG KALAU DENGKI KAU KETAWA PUN DIORANG NDA PUAS HATI". lebih lebih lagi dengan cerita aku sekarang ni ramai nda puas hati dengan aku  terutama dikalangan orang-orang yang sudah terkantoi. pffftt!

Jadi macam kebiasaanlah, lepastu tu masuk cerita bab "VIVI JAGALAH BADAN KAU TU". topik yang memang wajib akan dibangkitkan setiap kali aku balik kampung. terus aku buat muka buruk, tengok muka puanmulia, dan separuh berbisik;

"mak, aku rasa aku kena buatan orang lahhhh. sudah aku makan ubat kurus, pergi joging, ikut senamrobik, tapi nda juga aku kurus-kurus, tambah gemuk. ada orang dengkilah ni. astagfirullahalazim. KIHKIHKIH"

dan ceramah dari puanmulia bersambung lagi selama 2-3 jam. sekian terima kasih.

Tuesday, March 27, 2012

BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

aku selalu berurusan dengan orang, urus itu urus ini. ada yang baik, ada yang bikin panas, ada yang kau rasa macam mahu hello! dan mahu cakap mari-kerja-kau-biar-aku-yang-buat, ada yang peramah gila dan ada yang sebagainya. dan aku perasan aku selalu up entry pasal ke-bongok-an atau bila aku detect diorang bikin-panas situlah mood aku up entry membuak buak. (amboi vivi)

tapi sebenarnya ramai jugak bah yang baik dan semangat menolong aku. contoh kakak bank, puan kastam, kakak pukonsa, kakak socso, kakak dbkk, kakak sesb dan sebagainya. tapi itulah, lain orang lain gaya. jadi gara-gara perangai ko yang sorang bikin panas, habis satu nama tempat bekerja kena bawa-bawa. padan muka.

konsep aku senang jak, orang berbudi kita berbahasa. amboii! selalu aku mula dengan senyum, kalau orang tu pun senyum dan senang kena bawa bercakap, habis! banyak lah soalan aku tanya. dan soalan  PALING FAVOURITE ADALAH KAK ADA KERJA KOSONG? atau KAK MACAMANA MAU APPLY KERJA SINI?

tapi kalau kena dengan orang yang moody, senyum pun tidak, masa tu lah aku rasa mau nyanyi berdiri tegak "BUDI BAHASA BUDAYA KITAAAAA. TENG TENG!" tapi dalam hati jak lah. kuangkuangkuang.

maka aku berbangga jadi rakyat Malaysia sebab aku masih berbudi bahasa. perghhhh! haha


ok rafiq. macam ni boleh?


sekian.

Saturday, March 24, 2012

SKILL SUPAYA TIDAK KENA MINTA DUIT OLEH PIHAK YANG BERKENAAN.

hari tu, masa bekerja, bawak driver company pergi bank. driver company ni jenis suka bawa kereta laju-laju. aku pulak jenis yang takut ikut kereta yang laju-laju. ok abaikan. selalu kalau perkara yang bikin aku lalai dengan kelajuan samada main game atau tidur. ok abaikan juga. pffft.


masa tu aku lalai main game handphone. aku perasan pergerakan kereta masa tu adalah membuat u-turn. sudah u-turn tiba-tiba aku dengar hon polis trafik serentak dengan "alamakkkkkkk!" dari driver company sambil hantak stereng.


aku yang blur-blur tanya tu driver "apa salah kita? aik kenapa ni polis tahan? apa kau buat?".  encik-baju-putih-pakai-spek-hitam berhenti di depan kereta. turun dari motor, suruh bukak tingkap. kasi keluar kertas dengan pen. 


"encik drive laju. lampu isyarat tadi dah kuning. JADI BOLEH SAMAN KE NI? minta IC encik." encik-baju-putih-pakai-spek-hitam try cakap sabah tapi masih slang KL.

"alaaa tuan, nda sengaja bah, mau cepat pergi bank, minta maaflah tuan, pertama kali ni begini. lain kali nda buat lagi tuan." driver company sambil buat muka kesian. PADAN MUKA.

"kalau saya saman ni RM300 ni tau, JADI BOLEH SAYA SAMAN KE NI?" encik-baju-putih-pakai-spek-hitam macam bagi hint-hint jak ni.

driver company terus tengok aku yang tengah blur-blur tengok muka polis tu. serius aku ndatau mau buat apa. aku tengok nombor di baju polis. patut ka aku hafal? rasa macam mau ambik video karang upload di youtube. tapi kalau aku buat ketara betul. driver company dengan muka kesian cakap dengan aku "VI BAGI DULU KO RM10 KA RM20, BIKIN DIA MINUM-MINUM SEJA, TIADA DUIT SAYA NI, NI POLIS MINTA DUIT NI, MAHAL LAGI NANTI KITA BAYAR DIA RM300, BAH KAU BAGI DULU SANA"

aku masih muka blur, aku buka dompet, tengok duit RM10 beberapa keping, gaji lama lagi, lebih kurang 10 hari lagi, tengok muka polis tu, dalam hati aku, kalau aku bayar karang aku kena cakap bagi rasuah, kalau aku nda bayar kena bayar saman RM300, serius aku betul-betul dalam dilema beberapa minit tu. tengok sebelah kiri balai polis, tengok sebelah kanan encik-baju-putih-pakai-spek-hitam yang tengah kepanasan sambil pegang pen dan kertas. bagi atau tidak? apa aku patut buat ni? apa???

"BAH CEPATLAH.. MAHU SAYA SAMAN KE NI?" - encik-baju-putih-pakai-spek-hitam macam memaksa-

"VI BAGILAH, RM10 JAK, BIKIN DIA MINUM SEJA TU" -driver company memang memaksa-

"IH... BOLEH KAH NDA PAYAH BAYAR? TIADA DUIT SUDA NI? LAGIPUN APA SALAH KAMI?" Aku cakap dengan polis tu ala ala blur.. 

Driver company jadi pening, dan terus pujuk aku supaya bayar. encik-baju-putih-pakai-spek-hitam kepanasan diluar. tiba-tiba;

"BAH SUDAHLAH, KALAU TIADA DUIT JANGAN MINTA DUIT DENGAN PEREMPUAN! NAH IC! JANGAN BUAT LAGI!"

encik-baju-putih-pakai-spek-hitam naik motor dan terus jalan. 

sudah encik-baju-putih-pakai-spek-hitam hilang dan tiba-tiba kami ketawa. dan driver company terus cakap;

NASIB BAIK KAU PANDAI BERLAKON OH VIVI. LAIN KALI KALAU KITA KENA TAHAN POLIS BOLEH SUDA KITA BUAT SKIL BEGINI. HAHAHA


ELEH. TADI MUKA PUCAT. PFFFFT

Saturday, March 17, 2012

SERONOKNYA MAIN PRINTSCREEN #1

1. Baca ikut nombor.
2. Klik gambar untuk pembesaran.



Lepas ni aku main printscreen jak lah kan? haha seronoknya! seronoknya!

Saturday, February 25, 2012

CERITA.

banyak benda yang aku mahu cerita. tapi bila jumpa keyboard senarai-senarai cerita yang aku mau cerita secara automatiknya aku tapis. eh cerita ni karang orang menyampah. eh cerita tu basi sudah. eh  cerita ni over betul. eh cerita ni macam mana aku mau cerita. eh cerita tu motif aku mau cerita. eh eh dan sebagainya eh eh eh.



ok tu jak lah cerita aku.



menguap.

Thursday, February 16, 2012

KEMPEN MARI MELAWAT SABAH #1: RUMAH TERBALIK - THE UPSIDE DOWN HOUSE IN BORNEO.

sedikit info pasal rumah terbalik : 

The first of its kind in South East Asia. This building is situated along the main highway to Mount Kinabalu, Kiulu river rafting and all the districts on the east coast of Sabah (ie; Sandakan, Lahad Datu, Semporna and Tawau) 


This brand new attraction is located in Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, district of Tuaran.



Come November 2011, you will be able to view a traditional Sabah kampung house, fully equipped with kitchen, living room, bedrooms, toilet and veranda in a new perspective – upside down! Build on a slight incline to challenge both the builders and viewer’s perspective. It will be a fun experience for everyone!



The upside-down kampung house is designed for all ages and nationalities and its wheelchair friendly. Allow 30-45 minutes for your visit.

As part of the Tuaran Craft Village, you’ll also be able to browse in our well stocked gift shop, taste international pastry in our Rumah Terbalik cafĂ© and even stop at our garden toilet for nature call!

A visit to our “Upside-down kampung house’’ will be one of your most memorable experiences and it is a must-see attraction on your Sabah itinerary.





ok cukup info dari diorang. ini dari aku:
  1. oleh sebab rumah terbalik ni masih baru, jadi ramaiiiiii gila orang ok berbaris mau masuk.
  2. harga tiket sepatutnya RM18 tapi sekarang ni tengah promotion jadilah RM!0 untuk dewasa, budak-budak punya aku kurang pasti. sebab masa tu nda bawa budak. hehe
  3. kalau masuk dalam tu tidak boleh ambik gambar sama sekali, apa yang aku ingat, kalau bentingol juga ambik gambar, setiap gambar akan di cas RM100, lepas tu akan di delete serta merta. eh bentingol itu keras kepala. haha
  4. kalau masuk dalam ni ada tukang guide. so masa tu diorang akan cerita pasal tuan rumah yang punya rumah sebelum ni.
  5. sebelum masuk rumah ni pukul gong dulu, tanda ada tetamu. aku rasalah motif dia. haha
  6. dalam tu ada tv terbalik, tandas terbalik, dapur terbalik, duit 0.50 terbalik, dan sebagainya. tapi ada satu benda yang tidak terbalik. jengjengjeng. 
  7. kalau keluar dari rumah tu mungkin sesetengah orang akan ada rasa pening-pening. 
  8. ada kedai jual souvenir. 
  9. juga kedai jual makanan.
  10. tandas pun ada. 
  11. dan paling last, masa tu masing-masing dengan daya kreativiti macamana mahu bergambar dengan rumah terbalik dan kereta terbalik. macam bertanding gaya siapa paling kreatif pun ada. termasuk kami. haha!
  12. ok sekian terima kasih.







sangat tidak kreatif. okbai.

Wednesday, February 15, 2012

KAU KA ORANG MISTERI ERA KK #2

orang KK sekarang ni memang sedang mengalami sindrom #OMEKK. sana sini cerita pasal #omekk. beb, duit yang #omekk tu bagi banyak gila ok. paling rendah pun RM800. paling tinggi sekarang ni kalau nda silap RM5000. gila lah siapa dapat. memang rezeki dia lah! tapi apa yang aku perasan, orang yang jumpa si #omekk ni semua secara kebetulan, memang bukan niat untuk meng-hunter si #omekk. oleh itu, kesimpulan yang saya dapat adalah buat-buat nda tahu, manatahu karang tiba-tiba ngam-ngam aku pegi beli maggi si #omekk ada sebelah aku. wahhhh seronoknya! ok berangan!



sekian terima kasih. eh haritu aku duduk dalam kereta, main telefon, tiba-tiba ada makcik ketuk cermin kereta dan aku buka. "kau kau orang misteri era kk tu nak?"



ok-ok. muka aku ada sedikit misteri haritu. kahkahkah

Friday, February 10, 2012

KAU KA ORANG MISTERI ERA KK? #OMEKK

gila ni cari-cari orang misteri lepastu dapat duit. mula-mula nda ambik kisah pun. ya lah, kalau part-part "bertuah" memang jarang la mau tersangkut ni sama aku. tapi bila aku follow durang ni di twitter  dan tengok orang yang dapat duit dari si orang misteri ni terus aku geram. senang gilak. tapi mau tahan malu jak kalau salah tanya orang. hahaha 





kalau nda tanya, nda menang.ok fine! orang kk! mari lah kita cari tu orang misteri ramai-ramai. eh.. banyak lah saingan kan. kensel-kensel! okbai! 

Wednesday, February 8, 2012

GELENG-GELENG KEPALA.

video

ya ini lah si toyol yang sudah membesar. 

Wednesday, February 1, 2012

AIR PUTIH.

aku jarang minum air putih. kebarangkalian aku minum air putih banyak adalah jikalau aku bekerja dan aku teringat mau isi botol air aku yang berukuran 1050ml. kalau rajin boleh habis 1 ari. kalau rasa-rasa malas mau pergi tandas banyak kali, 1050ml boleh habis dalam masa dua ke tiga hari. ini semua angkara malas. entah bila mau insaf.


satu hari, masa aku minum air putih di botol 1050ml aku, aku nampak ada 1 ekor semut mati lemas dalam air tu. tapi oleh sebab aku sudah start minum, aku malas mau bajet-bajet geli segala. alaaa semut jak pun. aku set-set air tu, sambil minum, kiri kanan kiri kanan kepala aku ikut bergerak. demi supaya semut tadi tidak terikut masuk ke dalam mulut aku. siap. lagi ulang minum pada jam seterusnya dan setiap kali tu "eh lupa ada semut, ahhh minum jak lah"  sampai lah air berukuran 150ml.



besoknya,


tengahari. tiba-tiba mahu minum. air ada sikit lagi. malas mau isi. nanti jak lah. buka penutup botol, terus minum.


alhamdulillah. bangkai semut selamat masuk dalam perut aku. 




sekian terima kasih.